Testimoni

Spotware telah memberi kesan yang kuat kepada komuniti dagangan dalam talian dengan platform dagangan popularnya – cTrader. Spotware juga telah memberi impak yang ketara kepada industri ini selama bertahun-tahun, dan beberapa pemimpin industri di sini membuktikannya.

Raja Zahoor, Pengasas

Memilih cTrader sebagai platform dagangan kami telah terbukti menjadi pengubah keadaan untuk Dominion Markets. Ciri inovatif cTrader, seperti alat pengurusan risiko yang canggih, keupayaan sistem ujian belakang dan jurnal dagangan terbina dalam, memberikan nilai yang tiada tandingan kepada firma dan pelanggan kami. Pedagang menghargai reka bentuk intuitif, yang membolehkan data penting seperti untung/rugi, keperluan margin dan pulangan anggaran diakses dengan mudah melalui alat seperti garis silang. Aplikasi mudah alih platform ini telah meningkatkan penglibatan dengan ketara dan turut berfungsi sebagai alat pemasaran yang mantap, manakala alat pelaporan dan analisis akaun cTrader yang komprehensif meningkatkan kecekapan operasi kami. cTrader bukan sekadar platform - malah merupakan penyelesaian lengkap yang memperkasa pedagang dengan cerapan dan data untuk memperhalus strategi mereka. Setelah menggunakan cTrader, kami tidak akan beralih ke platform lain. Tahap sokongan dan kerjasama daripada pasukan Spotware amat luar biasa, justeru tidak menghairankan apabila platform ini menjadi kegemaran dalam kalangan pedagang mahupun broker.

Chris Judson, CTO Global

Di ICMarkets, kami memilih cTrader kerana menawarkan pengalaman dagangan moden dan intuitif, yang bertepatan dengan visi kami untuk menyediakan alat yang boleh dipercayai dan dilengkapi dengan pelbagai ciri kepada pelanggan. Platform yang dilengkapi dengan keupayaan pencartaan canggih, ciri dagangan algoritma, antara muka yang boleh disesuaikan serta penyepaduan API yang lancar telah menjadi sangat berharga untuk operasi kami. Selain itu, ciri cTrader Copy yang terbina dalam menonjol sebagai alat yang unggul bagi pedagang yang berhasrat untuk mengikuti strategi profesional. Perkara yang benar-benar menjadikan cTrader unik ialah gabungan ciri mesra pengguna dan mantap, yang memenuhi keperluan pedagang baharu mahupun yang berpengalaman. Ketelusan dan tumpuan terhadap keadilan pedagang turut mengukuhkan lagi kedudukan cTrader sebagai pilihan utama dalam industri. Bekerjasama dengan pasukan Spotware merupakan satu pengalaman yang amat menyenangkan. Sikap responsif, pendekatan yang proaktif serta komitmen mereka terhadap inovasi menjadikan mereka rakan kongsi yang sangat diperlukan. Mereka bukan sahaja menyokong pertumbuhan kami, malah turut memperkukuh perjalanan dagangan untuk pelanggan kami. Kami amat mengesyorkan cTrader kepada mana-mana broker yang mencari platform yang berteraskan inovasi dan menawarkan pengalaman dagangan yang unggul.

Jean-Yves Sireau, CEO

Memilih cTrader sebagai platform dagangan kami telah menjadi pengubah keadaan untuk kami dan pelanggan kami. Kami tertarik dengan reputasi cTrader yang kukuh dari segi kebolehpercayaan, antara muka yang mesra pengguna serta ciri inovatif. Dagangan automatik menggunakan cBot dalam platform ini telah membolehkan pelanggan kami melaksanakan strategi dengan tepat, manakala ciri copy trading telah mewujudkan persekitaran kolaboratif agar pedagang yang kurang berpengalaman dapat belajar dan meningkatkan kemahiran dengan mengikuti jejak langkah pelabur yang berpengalaman. Alat pengurusan dagangan yang canggih dan indikator percuma telah memperkaya lagi pengalaman dagangan, menawarkan kemudahan serta fleksibiliti yang benar-benar dihargai oleh pelanggan kami. Selain itu, kemudahan aplikasi mudah alih serta ciri mudah guna aplikasi tersebut telah meningkatkan penglibatan dengan ketara, membolehkan pelanggan berdagang dengan lancar di mana-mana sahaja mereka berada. Sejak penggunaan cTrader, kami telah menyaksikan lonjakan ketara dalam tahap kepuasan dan kadar pengekalan pedagang. Sokongan yang responsif dan proaktif daripada pasukan Spotware telah menjadikan proses penyepaduan berjalan lancar dan memastikan kami memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Secara keseluruhan, cTrader benar-benar memudahkan dagangan dan merupakan platform yang kami akan sarankan dengan sepenuh hati, terutamanya kerana aplikasi mudah alih dan ciri copy trading yang memperkasa pedagang pada semua peringkat.

James Glyde, CEO

Di PipFarm, kami memilih cTrader kerana cTrader merupakan platform yang kukuh dan stabil, serta menyokong sepenuhnya model perniagaan perdagangan prop. Daya tarikan utama ialah API yang komprehensif dan sistem bahagian belakang yang stabil, ciri penting untuk menjalankan papan pemuka cabaran dagangan kami serta memastikan perniagaan kami beroperasi pada tahap kecekapan tertinggi. Keupayaan cTrader untuk memenuhi pelbagai jenis pedagang telah membolehkan kami menembusi bahagian pasaran terbesar, hanya melalui satu platform. Selain itu, reka bentuk intuitif dan keupayaan dagangan melalui peranti mudah alih telah menjadi pemacu utama bagi penglibatan, dengan 50% aktiviti dagangan kami kini datang daripada pengguna peranti mudah alih. Kebolehpercayaan dan kebolehluasan yang konsisten cTrader telah menjadikan platform tersebut sangat diperlukan untuk operasi kami. Secara ringkasnya, cTrader memenuhi lebih banyak kriteria berbanding mana-mana penyelesaian lain yang pernah kami temukan, menawarkan penyelesaian platform dagangan yang benar-benar komprehensif serta memenuhi keperluan unik perniagaan kami sambil meningkatkan pengalaman untuk pedagang. Kami dengan yakin mengesyorkan cTrader kepada mana-mana firma yang mencari platform yang kukuh dan inovatif.

Khaled Ayesh, Ketua Pegawai Eksekutif

Di FundingPips, kami berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek operasi kami bagi menjadikan dagangan mudah diakses dan menyeronokkan untuk semua lapisan pengguna. cTrader bertepatan dengan visi kami yang menawarkan analitis mendalam, tetapan perlindungan yang canggih, alat sentimen pasaran dan paparan waktu sesi semasa - semua ciri yang meningkatkan pengalaman pedagang kami. Perkara yang paling menonjol bagi kami ialah fungsi dagangan peranti mudah alih cTrader yang luar biasa. Ciri ini telah mengubah cara pedagang kami berinteraksi dengan pasaran, memberikan kemudahan, fleksibiliti, dan keselesaan yang tiada tandingan. Selain itu, kebolehcapaian cTrader merentasi platform web dan peranti mudah alih memastikan pedagang kami boleh mengurus akaun mereka dengan mudah, kekal berhubung dengan pasaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Sebagai firma prop, kami menghargai kemudahan komunikasi dan inovasi yang ditawarkan oleh cTrader, sentiasa memberikan kemas kini dan ciri baharu yang disesuaikan dengan keperluan pedagang. Secara keseluruhan, cTrader merupakan platform yang mesra pengguna, inovatif dan benar-benar meningkatkan pengalaman dagangan. Kami amat mengesyorkan cTrader kepada sesiapa sahaja yang mencari platform yang mengutamakan prestasi dan kejayaan pedagang.

Roberto d'Ambrosio, CEO

Memilih cTrader merupakan keputusan strategik untuk menyediakan platform bertaraf profesional dengan ciri termaju yang unggul untuk pedagang kami. Antara muka yang intuitif, pelaksanaan pesanan yang canggih dan penetapan harga Tahap II menawarkan cerapan pasaran yang menyeluruh, manakala keupayaan penyesuaian dan ketelusan platform ini bertepatan dengan misi kami dalam menyediakan persekitaran dagangan yang adil dan cekap. Salah satu ciri cTrader yang menonjol ialah alat pencartaan yang canggih, yang membolehkan pedagang menganalisis trend pasaran dengan tepat. Fungsi dagangan satu klik dan pelaksanaan sepantas kilat platform ini memastikan kadar gelinciran yang minimum, satu aspek yang amat penting untuk pedagang skala kecil dan frekuensi tinggi. cTrader Automate memperkasakan pengguna dengan dagangan algoritma, dan alat pengurusan risiko termajunya membantu melindungi modal dengan berkesan. Sejak menyepadukan cTrader, kami telah menyaksikan peningkatan pengalaman pedagang, kadar pengekalan yang lebih baik, dan peningkatan dalam tahap kepuasan. Pedagang menghargai reka bentuk moden yang ditawarkan, struktur dan kecairan pasaran yang terperinci serta antara muka yang boleh disesuaikan. Ciri telus platform ini, dengan pelaporan dagangan terperinci dan rekod sejarah pelaksanaan, telah meneguhkan keyakinan pedagang, seterusnya mendorong penglibatan jangka panjang. Tambahan pula, aplikasi mudah alih cTrader telah meningkatkan penglibatan dengan ketara, menawarkan antara muka yang kemas, fungsi penuh, dan makluman masa nyata. Pedagang boleh melaksanakan pesanan, menganalisis carta dan mengurus akaun di mana-mana sahaja, sekali gus mendorong peningkatan aktiviti dagangan. Secara keseluruhan, kerjasama kami dengan Spotware telah menjadi satu pengalaman yang luar biasa. Pasukan sokongan Spotware yang responsif memastikan penyelesaian isu yang pantas, manakala komitmen mereka terhadap inovasi memastikan cTrader sentiasa mendahului dalam trend industri. Pendekatan proaktif serta sikap keterbukaan pasukan Spotware terhadap maklum balas daripada broker menjadikan Spotware rakan kongsi yang amat bernilai. Kami amat mengesyorkan cTrader kerana keseimbangan antara prestasi yang mantap dan kebolehgunaan platform tersebut. Platform ini menyediakan persekitaran bertaraf institusi dengan sistem pelaksanaan canggih, ketelusan dan automasi, yang memenuhi keperluan pedagang yang menggunakan budi bicara, pembangun algoritma serta pengurus dana. Secara ringkas, "Inovasi bertaraf profesional" - cTrader menggabungkan ketelusan, kelajuan serta fungsi yang canggih, menyediakan alat yang boleh dipercayai, telus, dengan ciri termaju yang unggul kepada broker dan pedagang.

Michael Turck, Ketua Jualan dan Kecairan Global

Kami memilih cTrader sebagai salah satu platform dagangan utama kami di Tradeview atas permintaan ramai, dan juga kerana permintaan khusus daripada beberapa pelanggan besar kami. Selepas membuat penilaian, kami terus melancarkan platform tersebut dan telah terbukti sebagai satu keputusan yang tepat semenjak itu. Ciri yang paling menonjol bagi saya ialah cBroker, yang membolehkan kami memantau semua aktiviti dagangan pelanggan kami secara masa nyata. Ciri ini memastikan kami dapat menyediakan syarat dagangan terbaik pada bila-bila masa. Kemampuan untuk bertukar penyedia kecairan dengan cepat merupakan satu lagi kelebihan besar, kerana platform tersebut sangat mesra pengguna dalam persekitaran dagangan yang pantas. cTrader telah meningkatkan pengalaman pedagang kami dengan ketara, manakala aplikasi mudah alih platform tersebut pula terbukti membantu dalam melonjakkan penglibatan serta aktiviti dagangan. Penambahan cTrader membolehkan kami menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan kami untuk memilih platform yang paling menepati keperluan mereka. Pendekatan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan pesat Tradeview sepanjang dekad yang lalu. Daripada aspek pengekalan dan tahap kepuasan, kami perhatikan bahawa pelanggan cTrader cenderung untuk kekal lebih lama bersama kami dan kekal lebih aktif berbanding pelanggan yang menggunakan platform lain. Dari sudut sokongan, pasukan di Spotware benar-benar luar biasa dan tahap sokongan yang diberikan sememangnya tiada tandingan – setiap e-mel dibalas dengan segera, malah kami turut mempunyai saluran sembang Telegram khusus bersama lebih 15 wakil Spotware, yang amat membantu semasa waktu dagangan yang sibuk. Dalam dunia forex yang serba pantas, terutamanya dengan sifat operasi 24 jam, amat penting bagi setiap persoalan dijawab dengan serta-merta, dan Spotware sentiasa menepati keperluan tersebut. Sekiranya saya ingin mengesyorkan cTrader kepada orang lain, saya akan tekankan ciri khidmat pelanggan cTrader yang luar biasa. Sepanjang pengalaman saya, boleh dikira dengan jari gangguan sistem yang dialami oleh cTrader, walaupun semasa waktu dagangan puncak – sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam industri ini, dan saya menganggap perkara tersebut sangat mengagumkan. Secara ringkas, cTrader boleh dianggap sebagai platform "Standard Emas" dalam aspek sokongan dagangan.

Craig Allison, CEO

Di FP Markets, misi kami adalah untuk mengubah pengalaman dagangan dengan menyediakan pedagang dengan teknologi kewangan, pendidikan dan sokongan yang mereka perlukan untuk melabur dalam pasaran global dengan kejelasan dan keyakinan. Sebagai tindak balas kepada permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan kami untuk antara muka dagangan yang lebih moden dan mesra pengguna, kami menambah cTrader ke dalam rangkaian platform kami. Keputusan ini didorong oleh keperluan untuk menawarkan penyelesaian yang menggabungkan ciri lanjutan, kelajuan pelaksanaan yang lebih baik, dan kos dagangan yang lebih rendah, sambil menyediakan pengalaman dagangan yang lancar. cTrader menonjol dengan set alat yang komprehensif, termasuk pelbagai alat lukisan, lebih 70 indikator terbina dalam, pelbagai jenis carta, kalendar ekonomi lanjutan, dan 26 tempoh masa. Alat-alat ini membantu pelanggan kami melaksanakan dagangan dengan lebih tepat. Ciri Satu klik yang intuitif dan ciri pengurusan risiko Smart Stop Out platform ini sangat popular dalam kalangan pedagang kami, memberikan perlindungan tambahan dan kemudahan penggunaan. Sejak mengintegrasikan cTrader, kami telah melihat peningkatan kepuasan dan pengekalan dalam kalangan pelanggan kami, yang ramai memilih untuk berdagang menggunakan platform ini. Keupayaan dagangan mudah alih telah meningkatkan lagi penglibatan, membolehkan pedagang terus berhubung dan berdagang semasa dalam perjalanan. Secara keseluruhan, fungsi semua dalam satu cTrader memenuhi pelbagai gaya dagangan, menjadikannya tambahan yang sangat berharga kepada tawaran kami. Kami amat gembira dengan perkongsian kami dengan Spotware, dan kami sangat mengesyorkan cTrader kepada sesiapa sahaja yang mencari platform dagangan yang lancar, moden dan penuh dengan ciri.

Vince De Castro, CMO

Di TopFX, menyediakan pengalaman dagangan terbaik untuk pedagang kami adalah teras kepada apa yang kami lakukan. Itulah sebabnya kami memilih cTrader - platform yang menggabungkan antara muka intuitif dengan alat bertaraf institusi untuk memenuhi keperluan pedagang pemula dan profesional. Tidak seperti kebanyakan platform tradisional, cTrader benar-benar menyediakan apa yang diperlukan oleh pedagang untuk berjaya. Daripada infrastruktur moden dan berprestasi tinggi kepada fleksibiliti dan ketelusannya, ia telah mengubah sepenuhnya cara pedagang kami berinteraksi dengan pasaran. Salah satu ciri utama cTrader ialah Kedalaman pasaran (DoM), jenis pesanan termaju, dan alat analisis dagangan terperinci, yang kesemuanya membolehkan pedagang melaksanakan dagangan dengan ketepatan dan kecekapan yang tiada tandingan. Antara muka pengguna yang lancar, tetapan berasaskan awan, dan keupayaan dagangan algoritma bersepadu membolehkan pedagang memperibadikan pengalaman mereka, mengautomasikan strategi dan berdagang tanpa kompromi. Tahap penyesuaian ini telah memberikan pelanggan kami keyakinan yang lebih tinggi dalam dagangan mereka dan seterusnya telah mengukuhkan penglibatan jangka panjang mereka dengan broker kami. Sejak melaksanakan cTrader, kami telah melihat peningkatan yang ketara dalam pengekalan dan kepuasan pedagang. Persekitaran dagangan yang telus, susun atur yang intuitif, dan ciri bertaraf profesional platform ini memberikan pedagang kelebihan kompetitif, membawa kepada penglibatan dan kepercayaan yang lebih tinggi terhadap perkhidmatan kami. Penyumbang utama kepada kejayaan ini ialah aplikasi mudah alih cTrader - penyelesaian yang pantas, intuitif, dan kaya dengan ciri yang membolehkan pedagang terus berhubung dan melaksanakan dagangan pada bila-bila masa, di mana sahaja, tanpa mengorbankan fungsi. Selain platform itu sendiri, Spotware telah menjadi rakan kongsi yang cemerlang. Pasukan mereka sangat responsif dan proaktif, sentiasa memastikan kami memaksimumkan keupayaan cTrader. Daripada kemas kini berterusan kepada sokongan yang berterusan, mereka komited untuk menyampaikan penyelesaian termaju yang memastikan broker kami sentiasa di hadapan. Bagi mana-mana broker yang ingin menyediakan persekitaran dagangan yang benar-benar unggul dan profesional, cTrader adalah pilihan yang jelas.