Kami dengan sukacitanya memulakan tahun ini dengan mengumumkan bahawa Spotware telah dicalonkan atas kecemerlangannya di iFX EXPO Asia Awards 2020 dalam kategori berikut:
- Best FX Trading Platform (cTrader)
- Best Multi-Asset Trading Platform (cTrader)
Dengan bangganya berpegang kepada nilai ketelusan dan pendekatan Traders First™ sejak penubuhan kami pada 2010, kami terus meningkatkan standard dagangan dalam talian melalui penciptaan produk termaju. Platform dagangan FX dan CFD kami yang memenangi anugerah, cTrader, telah dengan pantas meraih bahagian pasaran yang besar dan terus menjadi platform pilihan dalam kalangan jutaan pedagang dan broker terkemuka di seluruh dunia.
Cara mengundi Spotware
Pengundian dibuka kepada semua peserta berdaftar iFX EXPO Asia 2020 sehingga 24 Januari 2020. Undian anda dalam pusingan pertama akan menentukan 5 finalis bagi setiap kategori, yang kemudiannya akan bersaing dalam pusingan undian kedua untuk merebut gelaran pemenang. Biarlah persaingan industri bermula!
- Layari portal pengundian, klik pada kategori “Best FX Trading Platform” dan “Best Multi-Asset Trading Platform” dan pilih “cTrader” serta mana-mana firma lain yang ingin anda undi.
- Ulangi proses ini untuk mana-mana kategori lain yang ingin anda undi.
- Tatal ke bahagian bawah halaman dan klik “SUBMIT YOUR VOTE”.



