Aplikasi cTrader berjenama dengan plugin prapasang yang disenaraikan di cTrader Store

Plugin prapasang untuk aplikasi cTrader berjenama anda

Jadikan penawaran cTrader benar-benar milik anda – tambah plugin eksklusif, yang diprapasang pada semua aplikasi cTrader berjenama anda dan disesuaikan mengikut keperluan perniagaan, pelanggan serta jenama anda.

Lancarkan plugin anda

Sesuai untuk setiap model perniagaan

Cipta pengalaman cTrader yang lebih tersendiri dengan alat dan perkhidmatan yang disesuaikan mengikut model perniagaan anda.


Untuk broker

Contoh plugin untuk broker dalam aplikasi cTrader berjenama

Untuk firma prop

Contoh plugin untuk firma prop dalam aplikasi cTrader berjenama

Anda yang menentukan cara plugin anda

disediakan kepada pedagang

Prapasang plugin pada semua aplikasi cTrader berjenama anda

Satu plugin berasaskan web untuk cTrader Mobile, Web, Windows dan Mac. Tanpa mengenakan sebarang kos tambahan kepada pedagang anda.

Plugin yang diprapasang pada cTrader Mobile, Web, Windows dan Mac

Senaraikan plugin anda di cTrader Store

Anda juga boleh menerbitkan perkhidmatan anda di cTrader Store secara eksklusif untuk pelanggan anda atau luaskan akses kepada 12 juta pedagang.

Plugin berjenama yang diterbitkan di cTrader Store

Bina apa-apa sahaja yang anda inginkan

Adakah anda tahu alat yang disukai oleh pedagang anda? Jadikan alat tersebut sebahagian daripada pengalaman cTrader berjenama anda!


Pembantu AI


Jurnal dagangan


Isyarat dan idea dagangan


Kalkulator dagangan


Alat analisis pasaran


Kalendar ekonomi dan berita


Papan pemuka analitik


Alat sokongan dan penglibatan pelanggan


Papan pemuka yang direka khas


Alat gamifikasi

Jenama anda dalam cTrader: tampil menonjol dengan plugin prapasang

Spotware akan menggunakan maklumat anda untuk menghantar e-mel pemasaran mengenai produk dan perkhidmatan kami. Setiap e-mel mengandungi pautan untuk berhenti melanggan pada bila-bila masa.

Untuk memproses permintaan anda, Spotware memerlukan persetujuan anda untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Ketahui lebih lanjut dalam Dasar Privasi kami.

Cara memaksimumkan kadar penukaran dengan alat rakan kongsi

Diprapasang dalam aplikasi cTrader berjenama anda

Tambah alat yang diharapkan oleh pedagang anda

Sediakan fungsi yang diminta pelanggan tanpa perlu menunggu lama. Penuhi keperluan pelbagai segmen pedagang dan senario penggunaan.

Tampil menonjol berbanding pesaing

Langkah melangkaui persediaan standard platform dengan fungsi yang disesuaikan khusus untuk pelanggan dan perniagaan anda.

Pastikan pedagang anda kekal dalam aplikasi cTrader berjenama anda

Sediakan alat yang diperlukan pelanggan anda tanpa perlu mengarahkan mereka ke tempat lain. Kekalkan lebih banyak aktiviti dagangan pedagang dalam aplikasi berjenama anda dan beri mereka lebih banyak sebab untuk terus menggunakannya.

Tingkatkan kadar pengekalan pelanggan

Perkukuh hubungan pedagang dengan jenama anda menerusi perkhidmatan popular yang sentiasa ingin mereka gunakan.


Lihat contoh sebenar

Cerapan pasaran

Market Trends menyediakan analisis teknikal sedia guna, isyarat trend dan konteks pasaran kepada pedagang secara terus dalam aplikasi cTrader berjenama anda.

Market insights plugin showing technical analysis in cTrader

Idea dagangan dan pelaksanaan

Trading Room menggabungkan idea dagangan yang boleh terus digunakan, carta beranotasi dan pelaksanaan terus dalam satu aliran yang lancar.

Trade ideas and execution plugin inside cTrader

Analitik prestasi

Iridio Dashboard menukarkan aktiviti dagangan kepada metrik prestasi yang jelas, sekali gus membantu pelanggan memahami hasil dagangan mereka dengan sekilas pandang.

Performance analytics dashboard plugin in cTrader

Disenaraikan di cTrader Store

Dapatkan bakal pelanggan baharu

Tampilkan plugin anda kepada komuniti cTrader global dan jadikannya alat baharu untuk mendapatkan bakal pelanggan.

Perkasakan rangkaian IB anda

Tawarkan sesuatu yang benar-benar bernilai untuk dipromosikan oleh IB anda, bukan sekadar pautan pembukaan akaun biasa, dan kukuhkan pemerolehan pelanggan berteraskan produk.

Jadikan tawaran anda lebih unik

Tunjukkan nilai yang ditawarkan jenama anda kepada bakal pelanggan dan jadikan tawaran anda lebih sukar ditandingi pesaing.

Tingkatkan kesedaran jenama

Dapatkan lebih pendedahan di cTrader Store dan kukuhkan pengiktirafan jenama dalam kalangan pedagang di luar rangkaian pelanggan sedia ada anda.

Penyenaraian plugin TournOro Trading Contests dalam cTrader Store

Pertandingan dagangan

TournOro Trading Contests membawakan pertandingan dagangan demo ke cTrader, lengkap dengan carta kedudukan masa nyata dan penjejakan prestasi.

Penyenaraian plugin Live Economic Calendar Pro dalam cTrader Store

Kalendar ekonomi dan berita

Live Economic Calendar Pro memastikan pedagang sentiasa mendapat maklumat terkini tentang acara pasaran akan datang dan pengumuman data ekonomi penting.

Penyenaraian plugin R3.Alpha Analytics dalam cTrader Store

Papan pemuka analitik yang canggih

R3.Alpha Analytics memberikan cerapan prestasi yang lebih mendalam kepada pedagang menerusi papan pemuka visual dan pecahan aktiviti yang terperinci.

Penyenaraian plugin SessionLock Panel dalam cTrader Store

Kawalan risiko

SessionLock Panel menyemak pesanan mengikut peraturan dagangan dan had risiko, sekali gus membantu pedagang mengikuti strategi mereka dan mematuhi keperluan firma prop.


Realisasikan fungsi plugin anda tanpa memerlukan sebarang usaha tambahan

Gunakan penyelesaian sedia guna

Pilih perkhidmatan sedia ada yang sesuai dengan keperluan anda dan tambahkan pada persediaan cTrader berjenama anda.

Sesuaikan perkhidmatan web sedia ada

Adakah anda sudah mempunyai papan pemuka, kalkulator atau alat analitik? Sesuaikan alat tersebut untuk aplikasi cTrader berjenama anda tanpa perlu membangunkan yang baharu dari awal.

Dapatkan maklumat hubungan pembangun cTrader

Kami akan menghubungkan anda dengan pembangun berpengalaman yang telah membina ratusan produk untuk cTrader.

Elakkan beban kerja pembangunan

Sudah tahu ciri yang ingin anda tambah? Tambahkan fungsi yang diperlukan perniagaan anda tanpa perlu menunggu kemas kini platform. Lancarkan plugin anda dengan bantuan pembangun yang dipercayai atau sediakan segala yang diperlukan oleh pasukan anda untuk membina plugin tersebut.

Soalan lazim

Bersedia untuk melancarkan plugin anda?

Beritahu kami penyelesaian yang sudah anda miliki atau ingin tambah, dan kami akan membantu untuk merealisasikan.