Kami di Spotware dengan sukacitanya mengumumkan bahawa selepas memenangi “Best Multi-Asset Trading Platform” tahun lalu, cTrader kini telah dicalonkan atas kecemerlangannya dalam 4 kategori di Global Forex Awards 2021 - B2B, iaitu
- Best Multi-Asset Trading Platform,
- Best Technology Provider,
- Best Mobile Trading App,
- Best White Label Provider.
Global Forex Awards 2021 meraikan perniagaan dari seluruh dunia yang benar-benar menolak sempadan inovasi dalam penyelesaian dagangan forex B2B. Dengan bangganya berpegang kepada nilai ketelusan dan pendekatan Traders First™ sejak penubuhan kami pada 2010, Spotware pastinya tergolong dalam kalangan peserta terpilih yang diiktiraf industri ini. Platform dagangan FX dan CFD kami yang memenangi anugerah - cTrader, telah dengan pantas meraih bahagian pasaran yang besar dan terus menjadi platform pilihan dalam kalangan jutaan pedagang dan broker terkemuka di seluruh dunia.
Cara mengundi cTrader
Pengundian kini dibuka di laman web Global Forex Awards sehingga 30 April 2021. Pemenang akan diumumkan pada Jun 2021.
- Layari portal pengundian, daftar akaun dan sahkannya dengan mengklik pautan yang dihantar ke e-mel anda, atau log masuk jika anda sudah mempunyai akaun.
- Pilih salah satu daripada 4 kategori yang kami dicalonkan (“Best Multi-Asset Trading Platform”, “Best Technology Provider”, “Best Mobile Trading App” dan “Best White Label Provider”) dan klik “♡ Vote” di bawah cTrader.
- Ulangi proses ini untuk semua kategori yang ingin anda undi.
Terima kasih kerana memilih kami!



